11 Ogos 2010

RESEPI BERASASKAN SERUNDING

DADAR GULUNG SOSEJ

Bahan:
100 gm tepung gandum
1 biji telur ayam
secubit garam
1/2 cawan air
minyak masak
2 batang sosej daging
1 peket SERUNDING DAGING HERITEIJ

Cara menyediakannya:

1. masukkan tepung ke dalam mangkuk dan tabur garam
2. lubangkan di tengah tepung,pecahkan telur dan gaul(guna senduk kayu)
3. masukkan air perlahan2 dan gaul rata hingga menjadi adunan beter
4. panaskan kuali,sapukan minyak,masukkan adunan tepung ukuran satu senduk
5. angkat kuali dan pusingkan sehingga beter tadi menjadi bulat dan nipis
6. bila hujung keliling dadar terangkat menunjukkan ianya sudah masak
7. angkat dan letakkan di atas pinggan leper atau papan pemotong
8. potong sosej kepada 6 bahagian memanjang dan goreng
9. bila masak letakkan sosej di atas dadar tadi
10 taburkan SERUNDING DAGING HERITEIJ dan gulung
11 hidang di dalam pinggan bujur bersama hirisan timun dan tomato

Tiada ulasan:

Catat Ulasan