Sisipan ini adalah khas untuk mendidik, berkongsi dan mewar-warkan ilmu seni kepada mereka yang ingin mengasah bakat, yang baru bertatih, yang ingin tahu dan sekadar tambahan ilmu untuk mereka yang berminat. Juga untuk berkongsi pengalaman serta produk-produk tempatan yang berkualiti dan bermutu tinggi. Tak Cuba Tak tau...
08 Ogos 2010
OUTLET DI TESCO MELAKA
Inilah yang dikatakan rezeki.Saya ke TESCO bertujuan untuk makan kerana perut saya sangat lapar.Selepas makan saya keluar melalui pintu lain.Saya melintasi kawasan pameran barangan keluaran bumiputera.Saya pun singgah dan bertanyakan samaada saya ada peluang atau tidak untuk memasarkan produk saya.Malam itu saya telefon pengerusi bhg pemasaran,beliau memberi lampu hijau kepada saya.Selepas berbincang,saya pun pulang ke rumah siapkan semua produk dan terus hantar ke TESCO OUTLET dan pamerkan produk.Hari yang sama produk saya telah terjual.Sekarang ini saya sedang membuat promosi dan offer yang menarik sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya yg akan menjelang tiba.Datanglah ke TESCO Melaka untuk mendapat gambaran yang lebih jelas dan boleh merasai keenakannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tu le yg dikatakan rezei dpn mata... cuma nak ambil ke tak ... n rezeki tu dah ditentukan tuk akak jayjay
BalasPadam