09 Februari 2012

BENGKEL KRAF UNTUK IBU TUNGGAL - KASUT MANIK

Ilmu yang dipelajari telah pun dimanfaatkan.....mereka berdua Safiah dan Ita telah mengambil upah dan menjadi tenaga pengajar membuat kasut manik.Sebagai seorang guru,saya sungguh rasa bangga kerana pelajar saya mempelajari ilmu baru dan mempraktikkannya sehingga dapat menambah pendapatan keluarga

Mereka sungguh berasa gembira dapat mempelajari ilmu ini kerana ilmu membuat kasut manik ini adalah cara jahitan kreatif tradisional baba dan nyonya.....

Membuat muka kasut manik dengan tekun

Ada yang datang ke rumah saya dengan memakai kasut manik buatan sendiri.....dengan bangganya mereka tunjukkan kepada saya," Cikgu,saya dah pakai kasut manik yg saya belajar dengan cikgu tempoh hari..."

Kenangan manis bersama peserta ibu tunggal

Bengkel diadakan di Kolej Antarabangsa DMDI dgn dibiayai oleh MAIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan