20 Disember 2009

KURSUS ASAS PENGURUS KEDIAMAN



Kursus Asas Pengurus Kediaman telah diadakan selama dua minggu di Kolej Antarabangsa DMDI,Melaka Mall,Ayer Keroh Melaka.Kursus dianjur oleh Jabatan Pembangunan Wanita denga kerjasama Jay Jay Cahaya Enterprise ( Syarikat sayalah tu ).Kursus berjalan dengan jayanya dengan dianggotai oleh 30 orang wanita disemua peringkat yang berumur 18 tahun hingga 55 tahun.Berpendidikan sekurang-kurangnya PMR.Objektif kursus adalah, untuk memberi pendedahan dan pengetahuan dalam bidang pengurusan kediaman melalui pembelajaran.Juga membuka minda wanita tentang potensi profesion ini disamping dapat meningkatkan keyakinan diri menjadi P/K yang komited dan dedikasi.Sekali gus dapat membantu wanita menghadapi cabaran zaman yang semakin maju dan meningkatkan ekonomi keluarga.Peserta diajar dengan 6 modulyang merangkumi Pemakanan dan kesihatan,Pertolongan Cemas dan kemalangan di rumah,penjagaan bayi,kanak-kanak,orang tua,dan OKU dengan cara yang betul dan profesional.Pada keseluruhannya kursus berjalan lancar.30 orang peserta pertama telah menerima sijil masing-masing pada 13 Disember 2009 yang lalu.Majlis penutup dirasmikan oleh Pn Irene Anak Andrew Sanggang,Penolong Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri, bagi pihak Jabatan Pembangunan Wanita.Jadi kalau ada sapa-sapa rasa perlukan P/K secara part time silalah hubungi saya 0163288155.Saya bukan agen tetapi Service Provider.Atau berhubung terus dengan Jabatan Pembanguna Wanita Negeri Melaka 06 2922172.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan