22 Mac 2010

KAD UCAPAN


Kad macam ini buat untuk orang tertentu sahaja,eksklusif.Mesti si dia suka bila terima kad macam ni.Tambahan kalau buatan sendiri

BEKAS BUNGA RAMPAI ATAU BEKAS BUNGA TELUR


Kraf ini sangat ekonomikal.Modalnya sedikit tapi bila dah siap boleh jual 2 RM10.00.

MENGHIAS GELAS


Beli gelas kosong,kemudian guna fabric liner mengikut kesesuaian warna gelas.Kraf ini boleh dijual dengan harga RM5.00 sebiji.Boleh juga dijadikan door gift untuk sesuatu majlis.Lepas tu balik rumah boleh gunakan untuk perhiasan,bekas lilin,bunga dan macam-macam lagi.Janji kreatif

18 Mac 2010

KRAF LAGI


Bungan reben yang terbaharu.Akan datang jenis lain pulak,Tungguuuuuu..........!!!

17 Mac 2010

MENUNAIKAN RUKUN ISLAM KE LIMA


Syukur Alhamdulillah ,dapat juga saya menunaikan Rukun Islam ke lima.Saya telah digolongkan ke dalam orang2 yang menerima hidayah.Saya percaya doa kita Allah makbulkan kalau kita memohon bersungguh2 disamping tidak melupakan ibadah2 yang lain.Redhanya Allah kalau ibubapa meredhakan!!So sesiapa yang masih beribu dan berbapa,berbaktilah kepada mereka dan hargailah pengorbanan mereka tidak kira mereka jahat atau pun baik.Mereka tetap ibu bapa kita.Tanpa mereka siapalah kita.

MEENA


Kutip batu untuk pegi melontar

ARRAFAH


Salah satu tempat makbul doa.Jadi saya juga tidak melepaskan peluang untuk diri saya dan anak2,cucu2 dan semua saudara mara saya.Beramal saja lah mudah2an padang mahsyar akan kita tempohi lebih hebat lagi daripada di sini.Ni baru prktis!

MUZALLIFAH

16 Mac 2010

MUSAFFIR


Tiba di Jeddah.Tunggu di Lapangan Terbang King Abdul Aziz dari Subuh sampai malam baru bas bertolak ke MAKKAH.Pas tu naik bas buruk,rosak kat tengan jalan.Waktu subuh sembahyang tepi jalan raya di kawasan padang pasir,air takda tayamum dngan debu2 bukit.Kalau nak ke Makkah mesti sedia mental dan fizikal.Kalau tidak memang susah.Tapi nabi dulu naik unta kita naik bas.ok lah tuuu...!

Transit di Dubai

Kami bertiga berjalan2 dan makan di pekan Brunei.Nak tunggu flight lambat lagi

Selepas buat doa selamat di surau buat kat rumah pulak.Pada masa tu rasa sedih nak tinggalkan anak2 dan semua orang

AHLI KUMPULAN YASSIN


Pn Rosy,Pn Hjh Normah dan saya sambut hari jadi.Tiga2 orang dilahirkan pada 16 Februari

SEKALI SEUMUR HIDUP


Paling tak dapat saya lupakan Malm ni saya dapat berpaut di pintu kaabah dan dapat bersembahyang sunat betul2 depan pintu kaabah Entah siapa yang angkat saya untuk berpaut di bendul pintu kaabah tu.Rasa bersyukur sangat.Masa tu saya mintak apa yang terlintas di kepala.Alhamdulillah,apa yang saya mintak semua Allah makbulkan!

MUKA-MUKA HAJJAH


Inilah kawan2 yang bersama2 menunaikan haji.Hjh Rokiah,Hjh Rozita,Hjh Joriah dan Hjh Siti Aisyah.Siti Aisyah ni dulu jd polis di Masjid Nabawi.So kami bersembahyang di Raudhah cukup senang sekali.Alhamdulillah semuanya dapat kami lakukan dengan baik.

Ini adalah ladang kurma nabi.Pokok kurma pertama yang ditanam nabi.Jadi kurma najwa tu berasal dari sini lah.Kami beli, lepas tu pekedai tu pack kan dan tolong poskan sekali ke Malaysia.Tuan punya ladang ni si Siti Aisyah tu punya suami.Sudah tentulah mendapat layanan istimewa.Makan buah kurma sampai tak larat.Bukan kurma murah tau yang 200 rial sekilo tu!!

Di kawasan Perang Uhud dan tanah perkuburan para sahabat nabi,ada jual macam2.Tapi ada satu buah yang saya sangat pelik.Kulit luarnya manis.Org arab kata sumber gula masa dulu.Ada jugak kata makan buah tu boleh dapat anak kalau pasangan yg belum ada anak.

Saya dengan Siti Aisyah.Tuan rumah yang kami sewa kat Madinah.Sebelum ni tak tau pun ada Masjid Al Jabah.di mana nabi kalah dalam peperangan di mesjid ini lah baginda memohon doa utk keselamatan dan kesejahteraan.Aisyah kata salah satu masjid yang doa kita dimakbulkan bila kita bersembahyang di sini.Orang Malaysia tak pernah pergi tp orang luar negara yg lain berpusu-pusu masuk menunaikan sembahyang sunat.

Saya dengan hjh Rokiah.Dibelakang tu adalah penempatan orang bangla.Mereka boleh suka2 buat rumah kat mana2 asalkan atas bukit.Apalagi si bangla ni pun buat rumah besar2la.

Kereta kat bandar Mekah semuanya kemek2.Kereta besar2.Yang tak tahan tu bunyi hon tak renti2.Bingit telinga

Bandar Mekah waktu itu memang lah ramai.Berjuta2 manusia seluruh dunia.Macam2 perangai.Tapi banyakkan sabar.Tak boleh marah2.Yang tak tahan tu,pekannya sangatlah kotor.Kadang2 terpaksa sembahyang atas jalan raya,kalau dah masuk waktu.6 km org sembahyang sebelum sampai masjidil haram.Macam2 benda di atas jalan raya tu.Cakap pun tak guna.Kalau diingatkan semula ee... gelinya!!

MENUNAIKAN FARDU HAJI


Saya ke Mekah bertiga dengan kawan2.tumpng muhrim orang lain.Di mekah kami tinggal di sebuah rumah sewa.Rumah orang arab ni memang teruk,mujurlah ada mesin basuh.Makan beli setiap hari