Sisipan ini adalah khas untuk mendidik, berkongsi dan mewar-warkan ilmu seni kepada mereka yang ingin mengasah bakat, yang baru bertatih, yang ingin tahu dan sekadar tambahan ilmu untuk mereka yang berminat. Juga untuk berkongsi pengalaman serta produk-produk tempatan yang berkualiti dan bermutu tinggi. Tak Cuba Tak tau...
31 Januari 2010
ANGAN-ANGAN JADI KENYATAAN
Yang ni bukan sejarah tapi angan-angan.Tak salah kita angan-angan.Gambaran sentiasa ada dalam fikiran.Sampai masanya realisasikan!!Alhamdulillah aku dah ada Bengkel Kraftangan sendiri.Kalau nak belajar datanglah.Alamat B1 _ 10. Pangsapuri Pandan Point,75250 Lorong Pandan.Melaka.Waktu urusan Isnin hingga Sabtu.Jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 3.00 petang hingga 5.00 petang Kalau nak datang appointment dulu.Bayaran RM40. Rm10 untuk pendaftaran Rm30 belajar 1 jam.Jam yang kedua tambah lagi RM20 saja.Murah tu!! Pegi ler bengkel mana-mana tak dapat de!!
30 Januari 2010
SEJARAH SERUNDING / FLOSS
Pada suatu ketika semasa aku menjadi Pegawai Teknikal Pelancongan Ng Melaka aku telah terpilih pergi ke Osaka,Jepun mengiringi 21 orang pelajar Malaysia dalam program pertukaran pelajar.15 hari aku di sana.Masalahnya makan bukan mainlah susahnya.Tekak tak mau terima.Semua info dalam bahasa Jepun.Aku terpaksa minta tolong cikgu kat Jepun tu baca ,boleh makan ke tak? Halal ke tak?Nasib baiklah ada serunding salah seorang pelajar bagi,duitnya sampai sekarang belum bayar.Halalkanlah jer yer!Nak cari awak pun tak tau kat mana.Mujurlah serunding ada selamatlah aku dari kebulur.Mana tahan setiap kali sembahyang bertaubat kepada Allah.Takut-takut kalau termakan benda yang haram.So aku pun berikrar bila ada peluang aku nak berniaga serunding.Aku tak mau orang lain tersiksa kelaparan macam mana yang aku rasai.Nak order serunding?? kol saya.Tamat.
27 Januari 2010
HANTARAN PENGANTIN @ RM60
12 Januari 2010
JURULATIH P/K DARI MELAKA
AKTIVITI SEMASA KURSUS PENGURUS KEDIAMAN 2009
Pn Irene ada datang pantau perjalanan kursus.Mestilah puas hati!!.Betul tak Pn Irene?
Terima kasih banyak pada Hospital Pantai bagi pinjam katil.Nak belajar cara tukar cadar cara pro!
Suka si Nurul kena peluk.Konon-konon pesakit kronik la katakan!!
Jangan main-main Haneah dah pandai cakap pasal makanan seimbang tau!
Tengok anak-anak istimewa beraktiviti.Insaf dan bersyukur dengan apa yang kita miliki
Tengok lah budak tu.Kalau dia normal takkan nak duduk macam tu.Jadi kita yang normal ni jangan lupa berterima kasih kepada Allah!
Taklimat daripada Pn Aminah.Beliau ada menguruskan tempat belajar menjahit secara percuma.Bolehlah berurusan dengannya kalau berminat 0129126601
Bergambar kenangan di hadapan Pusat Didikan Komuniti di Kampungku Sayang Bukit Baru,Melaka
BINGKAI GAMBAR JAHIT RIBEN
KASUT MANIK WANITA MIC JASIN,MELAKA
Langgan:
Catatan (Atom)