31 Disember 2009


Biasalah lepas bagi ceramah dapatlah cenderahati.Adala cikit!!

Bergambar kenangan bersama Dr Suraidah Karim,Pengarah Hospital Alor Gajah

29 Disember 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SPA/CAFE MYCARE


Pusat Rawatan Mycare ni konsepnya berbeza.Kat luar macam cafe tapi kat dalam ada SPA.Jadi peserta saya pun makanlah! Hari ni makan lempeng,macam mak kita buat dulu tu.Sambalnya pedas,tapi sedap!Amboi,Faridah... tak nampak saya Ye!

Pn Salmiah sedang menerangkan sesuatu yang berguna kepada peserta kursus.Pusat Rawatan Mycare di Kota Cemerlang ni canggih semua peralatannya moden.Bayarannya pun tak mahal.Apa yang penting "Orang Kita " punya!!

28 Disember 2009


Wah nak cantik punya pasal dengar penerangan Pn Salmiah khusyuk sekali.Ingat ke semuanya tu!

Sambil menyelam minum air.Bukan main lagi si Mek kita ni dapat buat demo rawatan resdung lagi.Takpalah Pn Salmiah peserta saya ni nakal sikit.Maaflah yer!Lagipun ini satu pengalaman baru bagi dia orang tu!Eh! Banyak pulak hama resdung keluar.Ye betul ni!!

PRAKTIKUM


Bila nak balik tu bagi ler cenderahati sebab peserta kursus saya dah huru-harakan Pusat Rawatan / SPA Pn Salmiah.Takdala acah jer tu!

21 Disember 2009

CERAMAH PERTOLONGAN CEMAS


Ceramah ini diberi oleh En Md Nawawi Hj Md Yasin,Pengarah Bulan Sabit Merah Malaysia,Cawangan Melaka.Terima kasih banyak.Jasamu takkan kami lupakan.Ramai yang nak buat advance course dgn PBSM.InsyAllah tak lama lagi.

TUNJUKCARA MENGGUNA PERALATAN PERTOLONGAN CEMAS


Kain segi tiga ( Tringular Bandage ) digunakan sementara membawa pesakit yang tercedera ke hospital

Cara merawat patah guna Pembalut Bergulung ( Roller Bandage )

TATACARA CPR


Breathing ( Dengar-Rasa-Lihat )

Airway ........... Membuka saluran pernafasan,dongakkan kepala,angkat dagu

CPR ( Cardia Pulmonari Resusitasi )

Circulation

Tajuk Modul "Jenis Kemalangan dan Kecederaan di Rumah" Secara kebetulan Pn Rosnah mengalami kemalangan jalan raya semasa nak datang kursus.Apalagi penceramah pun suruh buat praktikal spontanlah nampaknya.Siap pakai sarung tangan si Hayati.Macam betul-betul kejadian.Ini bukan cobaan tau !!

GEMURUH


Para peerta menyanyikan lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir sebagai peniup semangat

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Mengharungi bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa



Dengan penuh perhatian peserta kursus mendengar ucapan-ucapan daripada Wakil peserta kursus,Pn Jay Jay dan Pn Irene


Penyampaian sijil kepada para peserta kursus dan cenderahati kepada perasmi majlis

20 Disember 2009








Semua kumpulan sibuk bergambar mengikut kumpulan masing-masing.KUMPULAN MUTIARA,MAWAR BERDURI,JUARA,GEMILANG DAN SERIKANDI

Sebelum dapat hadiah bagi surprised dulu.Nombor semua lekat bawah kerusi.Apalagi tunggang terbalik lah kerusi.Walau apa pun JANJI HEPI!!

Dalam bungkusan tu semua hadiah.Adi ngan kawan-kawan balut.Isy!Isy!Isy! tapi balut tak penting,Isi dalam tu yang penting

CABUTAN BERTUAH


Untuk kenangan dan suka-suka buatlah cabutan bertuah,hadiah taklah mahal.Apa yang penting? KERJASAMA!! Tengok tu Fadilah tersenyum lebar bila nombor disebut.Cepat-cepat dia ambil hadiah.Self service!!

Para peserta kursus tidak ketinggalan berpelukan dan bersalaman .Tapi pompuan tau sajalah mesti nangis punya!!

SUASANA DI HARI AKHIR KURSUS P/K 13 DIS 2009


Saya sebagai Penyelaras merangkap Jurulatih dipeluk dan dicium oleh semua peserta.Haus pipi.melekat-lekat gincu .Sedih juga rasa nak berpisah dengan dia orang almaklum 14 hari bersama-sama.Setiap yang bermula mesti berakhir.

KURSUS ASAS PENGURUS KEDIAMAN



Kursus Asas Pengurus Kediaman telah diadakan selama dua minggu di Kolej Antarabangsa DMDI,Melaka Mall,Ayer Keroh Melaka.Kursus dianjur oleh Jabatan Pembangunan Wanita denga kerjasama Jay Jay Cahaya Enterprise ( Syarikat sayalah tu ).Kursus berjalan dengan jayanya dengan dianggotai oleh 30 orang wanita disemua peringkat yang berumur 18 tahun hingga 55 tahun.Berpendidikan sekurang-kurangnya PMR.Objektif kursus adalah, untuk memberi pendedahan dan pengetahuan dalam bidang pengurusan kediaman melalui pembelajaran.Juga membuka minda wanita tentang potensi profesion ini disamping dapat meningkatkan keyakinan diri menjadi P/K yang komited dan dedikasi.Sekali gus dapat membantu wanita menghadapi cabaran zaman yang semakin maju dan meningkatkan ekonomi keluarga.Peserta diajar dengan 6 modulyang merangkumi Pemakanan dan kesihatan,Pertolongan Cemas dan kemalangan di rumah,penjagaan bayi,kanak-kanak,orang tua,dan OKU dengan cara yang betul dan profesional.Pada keseluruhannya kursus berjalan lancar.30 orang peserta pertama telah menerima sijil masing-masing pada 13 Disember 2009 yang lalu.Majlis penutup dirasmikan oleh Pn Irene Anak Andrew Sanggang,Penolong Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri, bagi pihak Jabatan Pembangunan Wanita.Jadi kalau ada sapa-sapa rasa perlukan P/K secara part time silalah hubungi saya 0163288155.Saya bukan agen tetapi Service Provider.Atau berhubung terus dengan Jabatan Pembanguna Wanita Negeri Melaka 06 2922172.