11 Ogos 2010

RESEPI BERASASKAN SERUNDING

DADAR GULUNG SOSEJ

Bahan:
100 gm tepung gandum
1 biji telur ayam
secubit garam
1/2 cawan air
minyak masak
2 batang sosej daging
1 peket SERUNDING DAGING HERITEIJ

Cara menyediakannya:

1. masukkan tepung ke dalam mangkuk dan tabur garam
2. lubangkan di tengah tepung,pecahkan telur dan gaul(guna senduk kayu)
3. masukkan air perlahan2 dan gaul rata hingga menjadi adunan beter
4. panaskan kuali,sapukan minyak,masukkan adunan tepung ukuran satu senduk
5. angkat kuali dan pusingkan sehingga beter tadi menjadi bulat dan nipis
6. bila hujung keliling dadar terangkat menunjukkan ianya sudah masak
7. angkat dan letakkan di atas pinggan leper atau papan pemotong
8. potong sosej kepada 6 bahagian memanjang dan goreng
9. bila masak letakkan sosej di atas dadar tadi
10 taburkan SERUNDING DAGING HERITEIJ dan gulung
11 hidang di dalam pinggan bujur bersama hirisan timun dan tomato

10 Ogos 2010

RESEPI BERASASKAN SERUNDING

ROTI TELUR GORENG SERUNDING

Bahan:
2 keping roti (gandum tulin)
1 biji telur ayam
1 sudu besar majerin
1 peket SERUNDING DAGING HERITEIJ
secubit garam

Cara menyediakannya:

1. pecahkan telur dan putar hingga kembang
2. masukkan garam,putar lagi
3. panaskan kuali (leper)dgn majerin
4. celup roti ke dalam telur dan goreng
5. biarkan menjadi kuning keemasan
6. bila angkat toskan di atas kertas tisu dapur
7. bubuhkan SERUNDING DAGING HERITEIJ di atas roti tadi
8. tangkupkan roti seprti sandwich
9. hidangkan bersama sos cili

08 Ogos 2010

GULA MELAKA


Ini adalah gula melaka asli.nira kelapa di import daripada Indonesia.Dimasakkan sehingga menjadi bentuk sedemikian.Rasanya lain daripada gula melaka yg ada di pasaran.400 gm boleh didapati dgn harga RM5.00 sahaja.Boleh diguna untuk membuat kuih muih,dodol,air gula dsb.Keasliannya tidak ada tandingan Jika berhajat hubungi saya melalui telefon 0163288155 / 0136074952 atau boleh pesan melalui online.serundingfloss.eniaga.gov.my

OUTLET DI TESCO MELAKA



Inilah yang dikatakan rezeki.Saya ke TESCO bertujuan untuk makan kerana perut saya sangat lapar.Selepas makan saya keluar melalui pintu lain.Saya melintasi kawasan pameran barangan keluaran bumiputera.Saya pun singgah dan bertanyakan samaada saya ada peluang atau tidak untuk memasarkan produk saya.Malam itu saya telefon pengerusi bhg pemasaran,beliau memberi lampu hijau kepada saya.Selepas berbincang,saya pun pulang ke rumah siapkan semua produk dan terus hantar ke TESCO OUTLET dan pamerkan produk.Hari yang sama produk saya telah terjual.Sekarang ini saya sedang membuat promosi dan offer yang menarik sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya yg akan menjelang tiba.Datanglah ke TESCO Melaka untuk mendapat gambaran yang lebih jelas dan boleh merasai keenakannya.